Tuesday, 16 August 2011

Perempuan Menari Dalam Islam - Haram atau Tidak?

Assalamamualaikum everyone. :)
Yesterday saya buat research.
yup,if you want to write something in your blog.
you have to conduct a research first.
if terbagi information yang salah,
confirm kena kutuk gila2 dengan blogger lain.
pastu dah tak ada siapa2 yang nak view blog dia dah.

okay,macam tajuk kat atas.
hari ini saya akan cuba mengulas mengenai isu
"Apakah hukumnya dalam agama Islam jika seorang muslimah itu menari di khalayak ramai?"
adakah haram?
makruh?
lets baca sama-sama kat sini. :)

in order to investigate pasal ni,saya pun pergi blogwalking.
hampir semua blog yang ada tulis pasal benda ni saya baca.
ada yang isi dia bagus,and ada yang isi dia..buat saya rasa macam
"eh,abang..relax sudah.yang kau nak marah-marah sangat ni kenapa?"
haha,serius.
blogger tu cakap kaum perempuan ni memang tak boleh dirakam dalam video langsung.
video perempuan yang only talking in front of camera without showing her face pun blogger tu cakap haram.
perempuan tunjuk recipe and instruction nak masak gulai kari pun dia cakap haram.
i was like, "woah,hina sangat ke kaum hawa ni sampai tak boleh muncul dalam video langsung? bukan Allah s.w.t create semua makhluk di dunia ni with so much respect and honour ke?"
but then i realized..maybe blogger tu just nak protect maruah perempuan.
betul juga.
tidak manis jika seorang muslimah itu melakukan perkara yang dia tak sepatutnya lakukan.
especially when the girl broadcast it in the internet.
where almost all people around the globe can see it.

after saya da tengok macam-macam blog.
then i found 2 blogs yang memang bagitau secara detailnye tentang hukum perempuan menari ni.



First blog : loveloveislam.com

Hukum wanita menari di khalayak ramai
Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:

جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم
“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih)

Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.

Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:

ويلعبون عند رسول الله بحرابهم
“Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw.” (Hr Muslim – sahih)

Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.

Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.

Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.

Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki . Kita melihat dari beberapa sudut:

1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:

وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dan juga hadis Nabi saw:

مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad)

# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?

2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:

فلا تخضعن بالقول
“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)

Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?

3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki

Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن
Imam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."

Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”

# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?

Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم
“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur)

Nabi saw bersabda:

والعينان زناهما النظر
"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."
(Hr Bukhari dan muslim)

Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:

“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”

Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:

“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”





Menurut dari kitab "Fatwa Menempuh Kehidupan Moden" karangan ulama' besar muktabar termasuk syeikh yusof al-Qaradawi...

ISLAM ialah agama yang sederhana dan tidak menyukai perbuatan melampau atau kealpaan.
Islam tidak melarang orang mendapatkan hiburan.
Akan tetapi islam menyediakan peraturan yg mengatur hiburan.
Pada waktu yang sama,Islam tidak menerima apa jua jenis hiburan yg mengandungi sesuatu yg haram malahan,yang membawa kepada kelakuan haram juga ditolak oleh Islam.

Menari boleh antara perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki.Orang perempuan boleh menari sesamanya melainkan kalau melibatkan pendedahan sebarang aurat perempuan di depan perempuan yg lain.Menari juga dibenarkan melainkan dengan menari itu kewajiban yg lain terabai ataupun jika menari itu berlaku serentak dengan perbuatan yang HARAM.

Dalam hal ini,Dr Su'ad Salih (Prof. Fiqah,Universiti Al-Azhar) menyatakan:

Islam ialah agama kesederhanaan:Islam tidak melarang menyanyi dan menari,tetapi islam melarang apa-apa yg boleh menaikkan nafsu orang,baik dikalangan lelaki ataupun dikalangan perempuan.Orang perempuan dikehendaki mematuhi tingkah laku yg baik jika mereka menari di hadapan perempuan lain.Akan tetapi,jika perempuan menari dihadapan suaminya,maka tidak ada sekatan untuk itu,sebagai cara mengukuhkan ikatan suami isteri dalam sebuah keluarga.

Selanjutnya,DR Ahmad Salamah (Dekan Fakulti Usuluddin,Universiti Islam Gloza,Qatar) menambah:

"Orang perempuan boleh menari dan menyanyi selagi tidak ada orang lelaki disitu.Selain itu,seni kata lagunya hendaklah tidak mengandungi kata-kata lucah atau kotor.Seterusnya,jangan ada perempuan bukan islam yang hadir sama,sebab aurat perempuan islam dihadapan mereka (perempuan bukan islam) itu sama saja haramnya dengan aurat kepada lelaki.Oleh yg demikian,selagi kata-kata dalam lagu itu bersih dan tidak kotor dan tidak ada lelaki atau perempuan bukan islam bersama,maka tidak ada salahnya kalau menari."

Berdasarkan analogi,orang lelaki boleh menari sesamanya selagi mereka menutup auratnya dan tidak khuatir akan timbul godaan.

Lelaki dan perempuan menari bersama adalah jelas ianya HARAM dalam semua hal,melainkan apabila isteri menari didepan suaminya.Haramnya menari cara begini ialah kerana didalam tarian dikhuatiri tubuh akan bersentuhan dan nafsu syahwat yg tidak wajar mungkin timbul.ini sangat dilarang oleh islam dalam menutup segala bentuk usaha ke arah maksiat."Jika lelaki dan perempuan menari bersama,banyaklah perbuatan HARAM yg mungkin terjadi." Itulah sebabnya menari secara bercampur lelaki dan perempuan adalah HARAM.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

yup,lepas dah buat research ni semua.

it can be concluded that perempuan menari di khalayak ramai sememangnya haram.
after a while it got me thinking..
maybe i should change and stop loving dancing so much.
"see,menari ni haram la.will you stop dancing now Illiya? awak nak buat dosa lagi ke?"
i'm sorry,but i will not stop dancing.
but i will try to reduce the 'haram-ness' in this particular subject.
for instance,i would probably just dance when i am alone.
or i just dance in front of my kawan-kawan perempuan.
kalau aurat tak terdedah between us muslimah,tak haram kan?
"Illiya,video dance cover girls' generation yang awak upload kat youtube tu,tak nak removekan ke? dosa kot kalau ada orang view video tu."
to tell you the truth,
there's been about 3 persons that want to make a video of me dancing.
and one of them could be consider as a professional too.
but i declined.
sometimes bila fikir balik,rasa macam regret pun ada jugak.
to upload a dance video is actually one of my wish in what i want to do in my life before i die.
i know the reason is unreasonable.
but that is the truth.
plus,the video is not that clear and i wore baju yang labuh juga.
the choreography of the dance pun tak la teruk/obscene sangat.

i think at least ni ok lagi kot.
i've got a muslim friend,lagi ganas.
dia cakap dia teringin gila nak hisap ganja sebelum dia mati.
and she's not joking too. =.=

before i uploaded the video in my youtube channel,
there's a lot of thing that cross my mind.
but one thing that i'm really afraid of is what people are going to say about my parents.
takut orang cakap macam ni,
"anak siapa lah ni.tak senonoh.kurang didikan agama kot."
honestly cakap,
my parents dah didik saya dengan baik dah.
solat lima waktu kena tunaikan..
puasa kena penuh..
dan jangan sesekali buat jahat atau berniat buruk terhadap orang lain.

my parents tak bagi saya pergi konsert pun.
mereka cakap tak elok.
macam,entry ni..memang nasib saya dengan konsert ni tak ada jodoh.
nampak sangat doa ibu bapa tu sangat termakbul kan? :)

saya pun tak pernah hold hands or tengok wayang dengan teman lelaki pun lagi.
jadi nampak tak betapa ibu bapa saya menatang minyak dengan penuh untuk raise me up?

so,saya harap orang tak akan berkata buruk terhadap ibu bapa saya.
like i said in this entry,i don't know where this genetic of loving to dance coming from.
but all i know is that i love dancing so much.
"Illiya,tengok perempuan menari seksi-seksi ni haram la.stop tengok korea boleh tak? tolonglah. "
sorry,but to be honest.. i love to watch orang menari.
they inspire me.




i'm not a perfect muslimah.
and there are still many things that i am lack of.

i cannot make a promise that i will stop dancing infront of a crowd immediately.
but i will make an effort to try. :)